Monday, July 21, 2008

21-07-08 (Monday) "Inspired by Mr. soyouthinkyouveryfunnyizzit"

Sudah lama saya tidak gunakan bahasa Malaysia yang semua anak Malaysia harus melalui selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun di sekolah rendah dan menengah. Oklah, mungkin berkomunikasi dengan Francis(dari Sarawak juga) dan Aunty Mun, penolong Tingkat Sepuluh di blok H1 di asrama kami. Justeru itu... Saya ingin cuba berblog dalam bahasa Malaysia yang kini kian ghaib dari otak udang saya ni.

Tiap kali orang jumpa saya di MSN ataupun semasa bercakap atas telefon dari Malaysia, semuanya tidak lepas dari mananyakan saya sama ada saya seronok atau tidak belajar di Singapura.(Baca "Si-nga-pu-ra", kan? Bukan "Sing-ga-pu-ra", betul tak? Apalah orang sini... Bahasa kebangsaan sendiri pun tidak faham, fikir sangat bijak, betulkan orang lain pulak... Harap-harap bukan saya yang salah ni. :|)Setelah setahun setengah beritahu org lain saya SANGAT seronok, sampai tidak dapat ceritakan kegembiraan saya kepada mereka, tiba-tiba saya terasa stress yang semua orang kerap kaitkan dengan berbelajar di SiNGApura. Entahlah dapat tak saya mencapai keputusan yang gilang-gemilang, cimerling-cemerlang yang diharapkan oleh sekian keluarga dan kawan-kawan di serata dunia. Sekarang, saya juga tidak pasti sama ada tindakan saya menganggun-anggunkan Singapura semasa menjawab ketidakpastian junior semua dahulu itu patut atau tidak.

Tidak saya nafikan bahawa saya telah melalui pelbagai peristiwa dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak mungkin saya melalui di tempat-tempat lain. Kehidupan berasrama, menggunakan pengangkutan awam yang efisien, mempamperkan diri dengan makanan yang mahal kalau dibandingkan dengan kehidupan di Miri, membotakkan kepala :), dan banyak lagi... Namun, tekanan kini semakin mencapai tahap yang menakutkan kian hari: tiap-tiap minggu kena menunggu panggilan dari ibu meningatkan saya belajar sebaik-baiknya dan tidak mendapatkan keputusan yang mediocre seperti yang saya mencapai sekarang; tiap-tiap hari rakan sebilik belajar sampai awal pagi sementara saya cuba memaksa diri saya tidur senyenyak mungkin menanti perjumpaan berdoa (prayer meeting) di sekolah pada pagi akan datang; tiap-tiap jam di sekolah cuba mengingat kembali semua yang telah diajar dalam kurikulum 'A' Lvls di samping memberi perhatian kepada si guru yang tidak berhenti berkata, "Semua ini sangat mudah, kan?"

Dalam masa-masa sedemikianlah saya curiga sama ada saya ni yang patut dianugerahkan biasiswa ASEAN dari antara semua kawan lain yang tidak kurang cerdik dan berpotensi. Apakah yang menunggu saya lepas dua tahun ini? Mungkin tak kata-kata emak yang saya hanya dapat meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Curtin di Miri kalau tidak mendapatkan keputusan yang baik? Eeessshhh... Aku macam sikit tidak betul-betul sekarang ni...

Dalam situasi sebeginilah saya amat berterima kasih kepada Tuhan atas kasihNya yang tiada bandingan. Kalau tiada Tuhan memberkati dan memberiku tenaga, sudah tentu aku telah putus harapan awal-awal lagi. Tiada pun sehari yang ku lalui di sini yang tidak saya berterima kasih kepada Tuhan kerana bersama dengan saya di mana-mana pun.

... Phew... That's that then. Wow, it actually feels GOOD having written in Malay again. Using a different language DOES exude a different feeling. *Big SIGHHHHHH*

p.s Pics won't be up yet. I like to keep the suspense there yet... :P

2 comments:

priaPujangga said...

SINGApura is now, but in the olden days,it was SINGGApura.. so ask the singaporeans if theyre living in the aged glory,or in the modern era? hehe. not bad eh blog in malay..i dont know if i still can.. lol.

jtkl89 said...

oh... i had no idea abt tat. thanks 4 d heads up, amin!

Hahah... ur mother tongue, dude... i'm sure u still can la. :P